@cikgurazzi KENAPA ASYIK GAGAL MENYIMPAN? mungkin ini puncanya ... ? #SimpanEmas #PublicGold #G100 #WangEmasBertahanKetikaGawat #WEBKG ♬ original sound - Cikgu Razzi | Public Gold
---
Apabila sesuatu dilakukan berulang kali, ia boleh menjadi sebahagian daripada tabiat kita.
Begitu juga dengan menyimpan.
Kadang-kadang orang bertanya, "Cikgu, saya memang tak pandai menyimpan."
Soalan saya ialah: Pernahkah kita benar-benar latih diri untuk menyimpan?
Cuba fikir tentang kemahiran lain.
Kali pertama anda belajar memandu contohnya.
Adakah semuanya berlaku secara automatik?
Tentulah tidak.
Kita perlu fikir:
⦿ tengok cermin,
⦿ beri signal,
⦿ tekan brek,
⦿ tekan minyak,
⦿ kawal stereng.
Tetapi selepas dilakukan berulang kali, banyak perkara itu menjadi kebiasaan.
Begitulah juga dengan menyimpan.
Menyimpan juga boleh dilatih sehingga menjadi satu tabiat.
Masalahnya, ramai antara kita menggunakan cara yang sama setiap bulan:
⦿ pendapatan masuk,
⦿ bayar komitmen,
⦿ belanja beli-belah,
⦿ berseronok.
Kemudian di penghujung bulan barulah kita berkata, "Kalau ada baki, saya nak simpan."
Apa yang biasanya berlaku tuan-tuan?
Bakinya sangat sedikit, kadang-kadang langsung tiada.
Kemudian kita berkata, "Tak pe lah, bulan depan saya mula."
Bulan depan pun datang, maka perkara yang sama berlaku.
Akhirnya bulan depan menjadi tahun depan.
Jadi cuba pertimbangkan satu perubahan dalam tabiat kita.
Daripada dapat pendapatan, belanja, simpan baki, kita ubah kepada: dapat pendapatan, rancang simpanan, dan urus perbelanjaan.
.
Kalau anda berminat untuk mula membina tabiat menyimpan emas atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana emas boleh digunakan sebagai salah satu cara menyimpan nilai kekayaan untuk masa depan, anda boleh layari SimpanEmas.razzi.com.my
.
Saya akan bantu anda fahami langkah-langkahnya supaya anda boleh buat keputusan berdasarkan matlamat dan kemampuan anda sendiri. Kita mulakan dengan ilmu, kemudian kita bina tabiat, dan selepas itu kita bina konsistensi.
.
Kita mulakan dengan ilmu, kemudian kita bina tabiat, dan selepas itu kita bina konsistensi.
#SimpanEmas #PublicGold #G100
SimpanEmas•razzi•com•my
---


No comments: