Hi, Saya RAZZI

Saya mendidik dan membimbing anda membina tabiat kewangan yang terancang melalui simpanan emas. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Hubungi Saya Sekarang
Razzi - Public Gold Dealer

Tunggu Saya Senang, Nanti Saya Akan ...

 

@cikgurazzi TUNGGU SAYA SENANG, Nanti saya akan ... ? #SimpanEmas #PublicGold #G100 #WangEmasBertahanKetikaGawat #WEBKG ♬ original sound - Cikgu Razzi | Public Gold

 

---

 Ada orang berkata, "Cikgu, apabila gaji saya masuk nanti, saya akan mula menyimpan."

Ada yang berkata, "Apabila saya dapat bonus nanti, saya akan mula menyimpan."

Ada juga yang berkata, "Apabila business saya lebih baik, saya akan mula menyimpan."   

Tuan-tuan, dari sudut pembangunan diri, saya mahu tanya satu soalan. 

Kalau kita tidak bina tabiat itu hari ini, adakah pendapatan yang lebih tinggi secara automatik akan menjadikan kita seorang penyimpan pada masa depan?   

Tidak semestinya, tuan-tuan. 

Kadang-kadang apabila pendapatan meningkat, gaya hidup juga meningkat. 

Gaji naik, telefon naik taraf, kereta naik taraf, percutian naik taraf, tempat makan naik taraf, perbelanjaan pun naik taraf.   

Tak salah untuk kita nikmati hasil usaha kita. 

Tetapi kalau setiap kali pendapatan kita naik, perbelanjaan juga naik, kemampuan kita mungkin tak banyak berubah. 

Sebab itu saya katakan, latih tabiat dahulu. 

Kalau keadaan anda sekarang hanya membolehkan anda menyimpan jumlah yang sederhana, fokus kepada konsistensi, keadaan yang berterusan.   

Apabila keadaan berubah, nilaikan semula. 

Jangan tengok seseorang di media sosial memegang jongkong emas yang besar lalu berkata, "Saya cuma mampu sedikit, cikgu, tak guna saya mula." 

Jangan, tuan-tuan. Perjalanan mereka adalah perjalanan mereka, perjalanan anda adalah perjalanan anda. 

Pembangunan diri bukan tentang menjadi orang lain, tuan-tuan. 

Ia tentang menjadi lebih baik daripada diri kita sendiri yang semalam.   

---

Kalau anda berminat untuk mula membina tabiat menyimpan emas atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana emas boleh digunakan sebagai salah satu cara menyimpan nilai kekayaan untuk masa depan, anda boleh layari SimpanEmas.razzi.com.my

. 

Saya akan bantu anda fahami langkah-langkahnya supaya anda boleh buat keputusan berdasarkan matlamat dan kemampuan anda sendiri. Kita mulakan dengan ilmu, kemudian kita bina tabiat, dan selepas itu kita bina konsistensi.

---

Kita mulakan dengan ilmu, kemudian kita bina tabiat, dan selepas itu kita bina konsistensi.

#SimpanEmas #PublicGold #G100

SimpanEmas•razzi•com•my
---


No comments:

header ads
Powered by Blogger.