Hi, Saya RAZZI

Saya mendidik dan membimbing anda membina tabiat kewangan yang terancang melalui simpanan emas. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Hubungi Saya Sekarang
Razzi - Public Gold Dealer

Jangan Habiskan Semuanya Hari Ini

 

@cikgurazzi JANGAN HABISKAN SEMUANYA HARI INI fikirkan juga hari esok ... #SimpanEmas #PublicGold #G100 #WangEmasBertahanKetikaGawat #WEBKG ♬ original sound - Cikgu Razzi | Public Gold

 

---
Bayangkan anda terima sedikit wang tambahan. 

Apa yang biasanya berlaku? 

Otak kita terus menghasilkan senarai: telefon baru, kasut baru, makan sedap, percutian, barang untuk rumah, dan segala-galanya.   

Tuan-tuan, ya, menikmati hasil ruang usaha kita bukanlah sesuatu yang salah. 

Tetapi disiplin bermaksud kita mampu berhenti sekejap dan bertanya: adakah saya perlu belanjakan semuanya hari ini?   

Bolehkah sebahagian ini dinikmati hari ini? 

Bolehkah sebahagian lagi disimpan untuk masa depan? 

Inilah yang dipanggil menangguhkan kepuasan.   

Ia bukan bermaksud kita tak boleh menikmati kehidupan, tapi maksudnya jangan biarkan kehendak hari ini menghabiskan segala-galanya sehingga tiada apa lagi yang tinggal untuk keperluan hari esok.  

Tuan-tuan, ini 1 kemahiran diri yang sangat penting. 

Diri kita pada masa depan bergantung sebahagiannya kepada keputusan yang kita buat hari ini. 

Apabila kita menyimpan, kita bukan sekadar menyimpan wang; kita sebenarnya sedang menyediakan sumber untuk diri kita pada masa depan. 

Sebab itulah saya melihat menyimpan sebagai 1 kemahiran diri.   
---
 

No comments:

header ads
Powered by Blogger.